Rabu, 26 Oktober 2011

Demi untuk Hlizbullah yang satu, dan demi untuk Harakah Islamiyyah yang satu

Prinsip asal di dalam Islam menuntut supaya orang orang Islam
berada di dalam satu jamã’ah sahaja di dunia ini, lebih-lebih lagilah di dalam sesebuah negara yang semestinya hanya satu jama’ah sahaja yang ujud. Al
Ustãdh Hassan Al-Bannã rahimahuLlah telah pun meletakkan Rukun
Kefahaman di dalam Usul ‘Isyirin sebagai titik pertemuan yang dengannya
dapat disatukan seluruh orang-orang Islam khususnya dari segi kefahaman
terhadap Islam itu sendiri. Untuk itu Ikhwãn diminta supaya melahirkan
suatu sighah (bentuk) penyusunan yang sesuai dan yang boleh sampai
kepada penglahiran suatu saff (front) yang bersatu di dalam sesebuah negara
atau ke arah penyusunan yang satu di dalam sesebuah negara, dan
seterusnya ke arah pembentukan Harakah Islamiyyah yang tunggal di dunia
ini.
Bermula dan kejatuhan Khulafah Islamiyyah sehinggalah ke sa’at ini,
mereka yang beriman dengan Islam belum lagi mampu membentuk suatu
jamã’ah dengan qiyadah (pimpinan) yang satu di dalam sesebuah negara,
lebih-lebih lagilah untuk melahirkan suatu jamã’ah yang’bersatu untuk
semua negara. Oleh itu kita dapati di dalam sesebuah negara timbul
kelompok-kelompok yang berdasarkan kepada tasawwuf kelompokkelompok
yang berdasarkan kepada ‘ilmiyyah dan kelompok-kelompok yang
berdasarkan kepada kebajikan masyarak serta kumpulan-kumpujan yang
berdasarkan kepada kebajikan masyarakat serta kumpulan-kumpulan yang berdasarkan kepada asas-asas fikiran atau politik tertentu. Dan saudara akan dapati individu-individu yang banyak ini terbawa-bawa dengan arus dan hanyut tanpa mempunyai hubungan langsung dengan mana-mana penyusunan. Sesungguhnya saudara tidak akan mendapati golongan orang-orang Islam yang bersatu di dalam kumpulan yang satu yang mempunyai matlamat yang satu, penyusunan yang satu dan fikiran yang satu. Malah saudara akan mendapati mereka berpuak-puak dan berpecah-belah. Apakah punca kesemuanya ini?  Suatu pengamatan yang teliti kepada Al-Qur’anul-Karim dan Sunnah Al-Rasül yang suci akan menyingkapkan beberapa sebab musabab akankenapa berlakunya yang demikian itu. Begitu juga suatu pengamatan yang tenang terhadap waqi’ dan realiti akan membukakan kepada kita sebilangan sebab-sebab mengapa terjadinya yang demikian itu. Di bawah ini disebutkan
sebilangan darinya dengan ringkas supaya dapat kita memperhatikannya:
1. Al-Qur’ãnul-Karim menyebut bahawa diantara sebab sebab bagi
perpecahan di kalangan Bani Israel adalah kerana melupakan sebahagian
daripada wahyu yang diturunkan kepada mereka. Firman Allah Subbanahu
Wata’ala: 
 “Tetapi mereka sengaja melupakan sebahagian daripada apa yang mereka diberi
peringatan dengannya; maka Kami timbulkan di antara mereka permusuhan dan
kebencian...”
(Sürah Al-Mã’idah: Ayat 14)
Oleh itu dewasa ini, bila mana orang-orang Islam atau sebahagian
daripada mereka melupakan Islam atau sebahagian daripadaNya, ataupun
lupa untuk melaksanakan satu ayat sahaja daripada Al Qur’an itu, atau lupa
untuk berusaha ke arah melaksanakannya walaupun perlaksanannya buat
masa ini merupakan suatu perkara yang sukar, maka hasil dan kealpaan ini
mengakibatkan perseteruan dan kebencian merebak di kalangan sesama
mereka. Bagi mereka-mereka yang memerhatikan waqi’ (realiti) orang-orang
Islam di hari ini mereka akan mendapati bahawa sebahagian daripada orangorang Islam itu telah lupa bahawa mereka telah ditaklifkan oleh AllAh Subbanahu Wata’Ala untuk memerintah dengan apa yang telah diturunkan oleh Allah Subbanahu Wata’Ala semata-mata. Sebahagian yang lain pula lupa bahawa mereka telah diperintahkan untuk bantu membantu di antara satu sama lain ke arah kebajikan. Begitu juga sebahagian yang lain telah lupa aspek-aspek ‘ibadat, moral dan budi pekerti. Malahan bagi seluruh Ummat Islam, tanggapan mereka terhadap Islam itu tidak lagi sempurna. Sesungguhnya kealpaan kita akan hakikat yang sebagai orang Islam kita tidak seharusnya wala’ dan ta’at kepada yang lain daripada Islam dan penganut-penganutnya sahaja sudah cukup untuk membawa kepada
perpecahan. Persoalan ini ketara sekali. Demikian juga kealpaan orang-orang
Islam bahawa mereka berkewajipan untuk menegakkan hukum. hukum
Islam supaya dengan itu akan terlaksanalah Islam dan Jihad; dan kealpaan ini
juga sudah cukup untuk membawa kepada perpecahan. Inilah yang sedang
beriáku di hadapan mata-kepala kita sekarang ini.
Saudara boleh sebutkan berbagai-bagai sudut lain di dalam Islam yang
telah dilupai oleh orang-orang Islam. Inilah sebab utama dan sebilangan
sebab-sebab perpecahan di kalangan orang-orang Islam.
2. Al Qur’ãnul-Karim juga telah menyebut satu lagi sebab sebab perpecahan
di kalangan Bani Israel; iaitulah hasad dengki. Firman AIIah Subbãnahu
Wata’ãla:
 “Dan mereka (ahli Kitãb) tidak berpécah-belah melainkan sesudah datangnya
pengetahuan kepada mereka kerana kedengkian di antara mereka.”
 (Al-Syurä: Ayat 14)
RasüluLläh SallaLahu ‘alaihi Wasallam telah mentafsirkan ayat ini
dengan sabadaNya:
“Telah meresap di kalangan kamu penyakit ummah yang terdahulu daripada kamu,
iaitulah hasad dan kebencian yang merupakan pemotong. Aku tidak berkata ianya
pemotong rumput, tetapi ianya pemotong yang memotong ugama.”
Maka hasad dengki; tidak mungkin dapat bertemu sesamanya di
antara manusia.
3. Al Qur’anul-Karim juga menyebut beberapa sebab persefahaman yang
sebenarnya di antara jiwa-jiwa manusia; iaitulah Rahmat Allah Subhanahu
Wata’äla. Al-Qur’an juga telah menyebut sifat-sifat yang mesti dimiliki oleh
orang-orang yang beriman demi untuk mendapatkan Rahmat Allah, yang
mana selepas itu akan berlakulah persefahaman hati (jiwa). Firman Allah
Subhãnahu Wata’aIa:
“Tetapi mereka sentiasa berselisih pendapat, kecuali orang-orang yang diberi Rahmat
oleh Tuhanmu, dan untuk itulah Allah mencipta mereka.”
(Sürah Hüd: Ayat 118—119)
Dan Firman Allah untuk memperingatkan lagi sifat sifat mereka yang
layak mendapat RahmatNya:
“Dan orang-orang yang beriman lelaki dan perempuan, sebahagian mereka adalah
menjadi penolong bagi sebahagian yang lain. Mereka menyuruh yang ma’rüf,
mencegah yang mungkar, mendirikan sembahyang, menunaikan zakat, dan mereka
ta’at kepada Allah dan RasulNya. Mereka itu akan diberi Rahmat oleh Allah
sesungguhnya Allah Maha Perkasa lagi Maha Bijaksana.”
        (Sürah At-Täubah: Ayat 71)
“dan yang mempersatukan hati-hati mereka (orang orang yang beriman). Walaupun
kamu membelanjakan semua kekayaan yang ada di bumi, nescaya kamu tidak akan
dapat mempersatukan hati mereka, akan tetapi Allah telah mempersatukan hati mere
ka.”
(Sürah Al-Anfal: Ayat 63)
Sebenarnya perpecahan di kalangan orang-orang Islam adalah suatu
penyakit yang tidak akan sembuh kalau hanya dengan laungan sahaja,
bahkan tidak dapat tidak mestilah diubat dan dibenteraskan dari puncanya.
Kita mestilah mengubati penyakit orang-orang Islam ini yang merupakan
kesan dari penyakit yang disebutkan dahulu. Kita juga tidak lupa untuk
menyebutkan di sini sebab musabbab yang membawa kepada pemisahan
orang-orang Islam dan tubuh Ummah yang asal; iaitu mereka mengikuti
jalan-jalan yang selain dan jalan Allah FirmanNya:
 “Dan janganlah kamu mengikuti jalan-jalan yang lain kerana jalan-jalan itu
mencerai-beraikan kamu dari jalanNya.” 
(Surah Al An’ãm: Ayat 153)
Bila berlaku yang sedemikian rupa, maka tiada lagi pertemuan yang
dapat dicantumkan. Inilah waqi’ yang ada di dalam dunia Islam kini.
Sebenarnya dunia Islam sebagai satu yang menyeluruh telah
mengambil jalan-jalan yang banyak. Di dalam satu negeri sahaja terdapat
berpuluh-puluh jalan syaitan yang bersimpang siur, kesemuanya terpisah
dari jalan Allah. Oleh itu, kita mesti menggerakkan satu gerakan da’wah yang
menyeluruh ke arah jalan Allah sekiranya kita menginginkan suatu
penyatuan yang hakiki..
Penggaraban persoalan ini, iaitu persoalan penyatuan orang-orang
Islam adalah penggaraban persoalan yang paling pokok. Kita menyeru
seluruh orang-orang Islam di merata pelusuk ‘alam ini, di setiap negeri dimana sahaja agar membentuk satu jamaa’ah yang terikat dengan akhlaq dan
pengetahuan HizbuLlah serta berusaha untuk bertemu di dalam suatu sistem
yang sesuai dan yang mempunyai perencanaan yang sihat ini adalah satukewajipan semasa, waLlãhu ‘alam.
Kita ingin memperingatkan di sini tentang beberapa perkara yang
mempunyai hubungan rapat dengan tajuk ini:
Penerusan seorang individu Muslim dengan sikap hanyut tanpa
mengikatkan dirinya dengan sebarang kumpulan kumpulan Islam melalui
suatu ikatan persaudaraan yang khusus adalah suatu sikap (kedudukan)
yang tidak betul; kerana natijah darinya tidak dapat diteruskan(ﱪﺼﻟﺍ ﻖﳊﺎﺑ ﻲﺻﺍﻮﺘﻟﺍ )
saling berpesan dengan kebenaran dan kesabaran. Juga hendaklah diingati
bahawa:
“Pertolongan Allah adalah bersama jamã’ah. Dan barangsiapa yang ganjil, maka
ganjillah ia di dalam api neraka. Sesungguhnya serigala akan memakan kambingyang memencilkan diri.”
“Syaitan dekat dengan orang yang bersendirian dan jauh dari yang berdua.”
“Dan pasti mendapat kecintaanKu bagi mereka yang berkasih keranaKu dan bagi mereka yang saling Ziarah keranaKu dan ,bagi mereka yang saling berbelanja
keranaKu.”
Persaudaraan khusus tidak bererti melupakan persaudaraan umum,
dan wala’ khusus tidak bererti melupakan wala’ umum. Allah Azzawajalla
telah menjadikan kesemua orang-orang Islam bersaudara-mara dan
menjadikan mereka bantu-membantu di antara satu sama lain. Firman Allah
Subhãnahu Wata’älã:
“Sesungguhnya orang-orang Mu ‘min itu bersaudara.”
(Sürah Al Hujurat: Ayat 10)
“Orang-orang yang beriman lelaki dan perempuan, sebahagian mereka adalah
penolong bagi sebahagian yang lain.”
(Sürah Al-Tãubah: Ayat 71)
Maka tidak dapat tidak, tolong-menolong pasti berlaku di antara
orang-orang Islam. Tolong-menolong ini bermula dengan mempertahankan
maruah, iaitu dengan tidak membenarkan orang kafir, munãfiq atau pun
fasiq menyerang saudara-saudara kita yang beriman. Pertahanan ini akan
sampai kemuncaknya bila mana orang-orang Mu’min saling
mempertahankan maruah mereka. Firmãn Allah Subhãnahu Wata’ãla:
“Sesungguhnya Allah menyukai orang-orang yang berperang di jalanNya dalam
barisan yang teratur seperti suatu bangunan yang tersusun kukuh.”
(Sürah Al-Saff: Ayat 4)
Kesempurnaan persaudaraan dan tolong-menolong di antara sesama
orang Islãm akan tercapai bila mana orang orang Islam dapat bertindak
sebagai suatu jasad yang satu. Inilah yang pernah digambarkan oleh
RasüluLlãh SaLlaLlãhu ‘alaihi Wasallam di dalam satu dari hadithnya.
Kesempurnaan ini tidak mungkin akan berlaku kecualilah setelah orang
orang Islam mempunyai kepala yang satu serta telah lahir ta’wun (kerjasama)
di antara mereka, di samping suatu gerak-kerja yang sempurna lagi tersusun
ke arah matlamat yang dituju.
Tidak ada hijab yang lebih tebal di antara sesama orang Islam daripada
hijab tiadanya persefahaman sesama sendiri serta tuduh-menuduh di antara
satu sama lain dari jauh. Oleh itu, maka sewajibnya dibukakan pintu dialog
agar saling berbicara di antara semua pendukung-pendudung Islam di mana
setiap orang dapat mengemukakan pandangan masing masing bagi
menentukan di mana titik pertemuan dan perselisihan di antara mereka.
Seandainya suatu pihak mempunyai dalil-dalil dan alasan yang cukup, maka
saudaranya di pihak yang lain patut tunduk dan menerimanya. Kita bertemu
di atas usul-usul yang sama-sama kita persetujui, dan berma’afan sésama
sendiri di atas usul-usul yang kita berselisihan, berdasarkan kepada
perselisihan pendapat di antara imãm-imãm Mujtahidin. Dan untuk sampai
keperingkat ini, mestilah terlebih dahulu telah lahir anggota anggota yang
mencapai tahap kesempurnaan akhlãq dan pengetahuan sebagaimana yang
dituntut oleh HizbuLlah. Dengan ini sahajalah akan ujudnya suatu kuasa
yang mampu menyatu-padukan hati-hati Ummah, dan golongan inilah yang
bertanggung-jawab sepenuhnya untuk membimbing Ummah ke arah
mempertingkatkan sistem ‘ilmu, tarbiyyah dan penyusunan untuk semua
golongan Is1ãm. Inilah langkah langkah awal dalam penyatupaduan Ummah
Islamiyyah di dalam sesebuah negara dan di seluruh dunia ini. Golongan ini
juga bertanggung-jawab memberi faham kepada orang orang Islam untuk
bergerak di dalam rangka kerja untuk mencapai kesempurnaan yang
kemudiannya disusuli dengan satu gerakan bersama untuk mencapai
matlamat-matlamat yang diwajibkan ke atas orang-orang Islam.
Sesungguhnya pengasingan mestilah dilakukan di antara orang-orang
Islam dan bukan Islam, bukannya di antara sesama Islam. Sekiranya berlaku
pengasingan (pemisahan) di antara sesama Islam lantaran perselisihan pendapat di dalamperkara-perkara furu’iyyah, maka inilah di antara
penyelewengan-penyelewengan yang keterlaluan.
Sebenarnya tidak pernah berlaku persamaan pendapat di antara
orang-orang Islam dari dua golongan ‘ulamã’ di dalam semua masalah.
Malahan di dalam mazhab dan aliran yang satu pun ianya tidak mungkin
berlaku. Sekirañya kita membiarkan masalah furu’iyyah menjadi faktur
perselisihan, maka kita tidak akan mendapati dua orang Islam yang boleh
bersahabat dan bersaudara. Tambahan pula di sana memang ada suatu
golongan manusia yang sentiasa bersiap sedia untuk memarakkan api
peperangan di antara sesama Islam dengan mengambil masalah furu’iyyah
sebagai punca perkelahian sesama sendiri. Aliran yang seumpama ini sudah
cukup untuk menyeret dan menghancurkan ummat Islam di medan
pertempuran sesama sendiri, seperti mana yang sedang berlaku di hari ini.
Walaupun ada di antara kita yang bersungguh-sungguh di dalam perkara ini,
janganlah kita lupa bahawa di sana ada orang-orang kafir yang sentiasa ingin
memerintah kita dengan sistem kufurnya. Inilah satu penyelewengan yang
dahsyat bagi fahaman Islam yang sempurna (ﻲﻣﻼﺳﻻﺍ ﺭﻮﺼﻨﻟﺍ).
Seandainya Dãulah Islamiyyah telah pun tertegak, dan Islam di ketika
itu mulia dan gagah, di kala itu bolehlah orang-orang Islam memperkata dan
memperdebatkan masalah-masalah furu’iyyah ini bahkan kalau hendak
berpisah pun tidaklah menjadi suatu persoalan sangat. Walaubagaimana pun,
perkara yang seumpama ini tidak seharusnya berlaku. Orang-orang Islam
mestilah menjadi seperti suatu tangan yang satu meski pun berlakunya
kelainan aliran dan mazhab demi untuk mencegah berlakunya riddah. Kalau
tidak bencanalah yang akan menimpa.
Jelas sekali dari apa yang disebutkan di atas, orang orang Islam di
dalam sesuatu negeri malahan di seluruh dunia hendaklah berada di dalam
satu jamã’ah sahaja. Dan semestinya terdapat suatu kesatuan yang
menyeluruh yang mampu menarik orang-orang Islam ke arahnya. ini
bukanlah bererti kita hendak membelakangkan kebenaran dan
mengenepikan kesempurnaan, malahan kita kesemuanya hendaklah
meningkat ke arah kebenaran serta bergerak ke arah kesempurnaan.
Sebagai langkah permulaan untuk semuanya ini, maka sistem
pelajaran dan pendidikan tarbiyyah yang sempurna  mestilah diadakan.
Ianya memainkan peranan yang amat penting; agar semua perkara
didasarkan kepadanya, dan ia juga menjadi pengikat janji yang dapat
digunakan sebagai kayu ukuran. Sesungguhnya penerimaan seorang
individu Muslim biasa, suatu kumpulan Islãm, atau satu jama’ah Islam
terhadap sistem pengetahuannya yang tertentu, tarbiyyah Islamiyyah yang
tertentu dan pengikat janji yang anjal (flexible) tadi adalah merupakan
pendahuluan (muqaddimah) yang biasa ke arah pembentukan suatu jama’ah
yang tunggal di dalam suatu negeri dan di ‘alam ini.
Sesungguhnya Al-Ustadh Hassan Al-Banna rahimahuLlah  bercita-cita
supaya gerakan Ikhwanul Muslimin dan da’wahnya menjadi titik pertemuan di antara seluruh Ummat Islam dan merupakan suatu lengkaran yang mana
kesemua orang-orang Islam dapat turut serta di dalamnya. Oleh itu beliau
telah meletakkan garis-garis asas di dalam bentuk kaedah dan ‘amali
sehingga kalau ada orang memandang kepadanya, mereka tidak akan
berjumpa dengan suatu bentuk yang lebih sempurna daripada ini yang dapat
mempertemukan kembali orang-orang Islam. Oleh yang demikian, Uztãdh
Al-Bannä meminta kita mencurahkan kasih sayang kepada golongan-golongan
yang lain kerana inilah senya
jalan untuk menghindarkan

perpecahan
dan jalan ke arah penyatuan saff.
Sehingga kini Ikhwan Muslimin sahajalah satu-satunya badan yang
dengan dasarnya dapat dipertemukan semua kumpulan-kumpulan Islam di
dunia ini. Tariqat sufiyyah atau mazhab-mazhab serta pendukung masalah
furuffyyah tidak mampu untuk dijadikan sebagai tapak penyatuan orang
orang Islam. Tambahan pula, di dalam Ikhwãn itu sendiri, unsur-unsur
gerakannya membolehkan mereka meningkat dan mencapai kesempurnaan.
Di dalam menunaikan tugas da’wah di negeri-negeri masing-masing,
anggota-anggota Ikhwãn tidaklah sentiasa sama dengan garis-garis yang
dikehendaki oleh Al-Ustadh Hassan Al-Bannä. Oleh itu, orang mengenali
Ikhwän melalui individu-individu Ikhwän yang mereka lihat; natijahnya,
mereka berlainan pendapat tentang Ikhwän. Dengan itu lantaran adanya
beberapa faktur samada dari dalam atau luar Ikhwãn, penyatuan kaum
Muslimin tidak terlaksana sehinggalah ke saat ayat-ayat ini dituliskan.
Maka seluruh anggota Ikhwãn hendaklah menjalani suatu operasi di
dalam usaha membentuk kembali diri-diri mereka sehingga terlaksananya
tuntutan HizbuLlãh di kalangan mereka di dalam ertikata yang sebenarnya.
Ingatlah, orang-orang Islam yang paling banyak menepati tuntutan
HizbuLläh, merekalah orang-orang yang paling mampu untuk
menda’wahkan orang lain ke arahnya. Insya’ Allah, Ikhwãn Muslimin masih
tetap di jalan ini. Ikhwan tidak berhasrat untuk menarik seseorang dari
golongan yang disertainya atau dari syeikh (tariqat) yang selama ini ia
mengambil menafa’at daripadanya. Di dalam hal ini, Uztadh Al-Bannã
menegaskan sesiapa sahaja yang menginginkan suatu tarbiyyah khusus,
maka dia dengan pilihannya. Tetapi adalah menjadi hasrat Ikhwãn untuk
mengemukakan sesuatu yang sempuma bagi seluruh Ummat Islam. Oleh itu
setiap individu di dalam mana-mana kumpulan hendaklah bekerja ke arah
kesempurnaan dan untuk suatu penyatuan yang mendapat keredhaan AIlah
Subhanahu Wata’ãlã dan keredaan hati hati kaum Muslimin sehingga mereka
dapat dibebaskan dari suasana yang menyelubungi mereka.
Telah menjadi suatu kebiasaan pada golongan Islam melihat apa yang
ada pada mereka sebagai suatu yang lengkap, tetapi sebenarnya tidak
demikian. Kesemua indivudu individu Muslim yang ‘amil (bekerja) dan
kumpulan-kum pulan Islam adalah bekerja untuk mempertahankan pintu-
pintu Islam (ﻢﻠﺳﻻﺍﺮﻌﺛ). Tetapi tiada seorang pun dari mereka atau suatu
kumpulan pun yang mampu mengawal dan mempertahankan semua pintu.

Seorang faqih Muslim mempertahankan satu pintu, seorang mujãhid Muslim
mempertahankan suatu pintu yang lain. Adalah tidak wajar untuk kita
meminta seseorang untuk meninggalkan pintu jagaannya, malah kita
sepatutnya memintanya kekal di tempat penjagaannya, dan melakukan
ihsãn
. Apabila setiap pintu mempunyai tokoh penjaganya yang kamil, yang
yakin bahawa ianya dari golongan HizbuLlãh serta melaksanakan tugasnya
bekerjasama dengan pihak-pihak yang lain, maka terarahlah orang Islam
keseluruhannya secara spontan kepada suatu arus yang satu.
1
Telah menjadi kebiasaan kepada sebilangan orang-orang Islam di
mana mereka menyangka bila mana mereka berkumpul sepuluh orang,
merekalah suatu jamã’ah Islamiyyah dan merasakan bahawa penyelesaian
musykilah-musykilah orang Islam di hari ini adalah di tangan mereka. Kita
boleh mendapati di dalam satu negeri sahaja sepuluh kumpulan yang
kesemuanya tidak mempunyai ikatan di antara satu sama lain, serta tiada
satupun yang mampu untuk mempersatukan kesemuanya. tiada satu
kumpulan pun dewasa ini dan di masa hadapan yang mampu mengerjakan
segala yang diperlukan oleh orang-orang Islam seorang dirinya, keranapermasalahan yang dihadapi oleh orang-orang Islam di sesebuah negeri tidak mungkin dapat diselesaikan kecuali dengan penglibatan semua yang terlibat. Tanpa penyatuan ini, Ummat Islam tidak akan bertambah sesuatu kecuali kelemahan.

Sesungguhnya usaha-usaha untuk membawa semua orang-orang
Islam supaya berakhlaq dengan akhlaq HizbuLlah adalah suatu perkara yang
perlu dan merupakan suatu permulaan  yang sihat. Tetapi kejayaan yang
hakiki tidak akan tercapai kecuali setelah dapat disertai oleh seluruh
HizbuLlah di dalam suatu tanzim yang tunggal dalam rangka
menyatupadukan semua orang-orang Islam di dalam sesebuah negeri dan di
seluruh dunia. Semasa dalam perjalanan ke arah usaha ini, perlulah
dihidupkan ruh keikhlasan dan kecintaan dalam mencari suatu corak
penyusunan yang sesuai.
Inilah di antara kewajipan yang paling utama bagi orang-orang Islam.
Sesungguhnya di atas bahu Ikhwän Musliminlah terletaknya kewajipan
untuk menghidupkan kesedaran, kefahaman dan sifat tidak mementingkan
diri sendiri. Untuk menghidupkan api yang pertama memerlukan kepada
oksigen dan hidrogen. Demikian juga untuk menggerakkan Ikhwanul
Muslimin di jalan yang sempurna ini, perlulah sentiasa mencari jalan-jalan
yang boleh mempersatukan kumpulan-kumpulan Islam supaya bangun
untuk suatu gerakan sedunia.